Soalan Lazim
1. Apakah manfaat menjadi ahli Tupperware?
Semua konsultan Tupperware layak menikmati 25% keuntungan runcit(Retail Price) untuk semua produk Tupperware Brands, kecuali produk promosi terpilih yang dijual pada harga bersih (Nett Price).
2. Bagaimana saya mengekalkan status aktif keahlian saya?
Anda perlu merekodkan jualan runcit peribadi minimum sebanyak RM 600 dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran. Jumlah ini akan terkumpul sepanjang tempoh 12 bulan berturut-turut.
3. Bagaimana saya membuat semakan data jualan / perekrutan ahli / komisen saya?
Anda boleh log masuk ke http://www.twbiznet.com.my/eStoreFront/welcome.esf
4. Bagaimana saya log masuk buat kali pertama ke twbiznet?
Anda boleh log masuk menggunakan nombor ID konsultan anda sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan anda.
5. Apakah manfaat menjadi ahli/memberTupperware?
Ahli-ahli layak menikmati diskaun 25% untuk semua produk Tupperware Brands.
6. Saya terlupa ID keahlian saya. Bolehkah anda periksa sama ada keahlian saya masih sah? Keahlian saya telah tamat tempoh, harap anda dapat bantu saya.
Usah risau. Khidmat Pelanggan kami dapat membantu anda. Sila hubungi kami melalui emel mscustomercare@tupperware.com untuk bantuan.
Waktu Operasi kami:Isnin-Jumaat, 9:30am-5:30pm, tidak termasuk Cuti Umum.
7. Bagaimana saya boleh menggunakan ID keahlian saya untuk menikmati diskaun di eTuppStore?
Anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan Pasport Digital anda untuk menikmati manfaat ahli. Butiran lanjut boleh didapati di laman web kami: https://www.tupperwarebrands.com.my/start-a-business/digital/digital-passport
1. Bagaimana saya mendaftar untuk mendapatkan Pasport Digital?
Anda boleh melayari https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport/ kemudian klik butang daftar di sebelah kiri. Untuk pelanggan utama baharu yang mendaftar mulai 01 Julai 2021, kami menyediakan pendaftaran secara automatik untuk pasport digital. Pelanggan utama akan menerima Welcome e-mel di alamat e-mel berdaftar mereka yang mengandungi ID dan kata laluan untuk log masuk ke pasport digital
2. Saya lupa kata aluan saya. Bagaimana saya menetapkan semula kata laluan saya?
Anda boleh masukkan ID Konsultan anda dan klik "Terlupa Kata Laluan".
3. Saya telah mengklik "Terlupa Kata Laluan" untuk menetapkan semula kata laluan saya, tetapi saya tidak menerima apa-apa pautan. Apakah yang patut saya lakukan?
Jika anda tidak menerima pautan tersebut, sila hubungi atau hantar e-mel kepada Khidmat Pelanggan kami di mscustomercare@tupperware.com untuk bantuan.
1. Adakah produk anda BPA free?
Antara produk BPA-Free daripada Tupperware ialah botol air dan botol kanak-kanak kami.
2. Bolehkah saya masukkan air panas ke dalam Botol Eco saya?
Secara amnya, plastik tidak disyorkan untuk kegunaan pada suhu tinggi, contohnya untuk menyimpan air panas, digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro, untuk memasak dan sebagainya. Oleh itu, jika anda ingin menyimpan minuman panas, anda digalakkan supaya menggunakan termos. Haba panas yang meresap melalui dinding botol plastik juga boleh menyakitkan tangan, malah air yang panas ini juga berbahaya sekiranya diminum.
3. Produk manakah yang sesuai untuk: Menyimpan susu tepung, bijirin makanan sejuk beku
Modular Mates- kedap udara dan cecairFreezerMates- diperbuat daripada bahan mudah lentur dan lembut, dengan bahagian dasar yang melengkung untuk mempercepatkan proses pembekuan makanan
1. Di manakah boleh saya membeli produk anda? Adakah anda memiliki kedai dalam talian?
Anda boleh membeli produk kami secara dalam talian melalui eTuppStore atau dari Pusat Perniagaan/Studio Tupperware berdekatan anda.
Anda boleh membeli-belah dalam talian di eTuppStore kami di sini: https://shop.tupperwarebrands.com.my/
Anda boleh menggunakan pautan ini untuk mencari Pusat Perniagaan Tupperware berdekatan anda: https://www.tupperwarebrands.com.my/how-to-buy/find-a-business-center-studio
2. Nombor penjejakan untuk pesanan dalam talian sayaPesanan produk secara dalam talian sudah diterima, namun beberapa barang didapati tidak lengkap Penghantaran mengambil masa yang lama
Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui emel mscustomercare@tupperware.com untuk bantuan. Kami akan respon secepat mungkin.
3. Bagaimana saya membuat pembelian melalui eTuppstore?
Untuk pembelian melalui eTuppstore, Pelanggan Utama/Konsultan Kanan perlu:
Langkah 1 - daftar untuk pasport digital https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport
Seterusnya - log masuk ke eTuppstore melalui pasport digital.
1. Di mana saya boleh mendapatkan katalog terbaharu anda?
Anda boleh melihat e -katalog terbaharu kami di sini: https://shop.tupperwarebrands.com.my/pages/catalog
2. Saya ahli Tupperware. Mengapa saya tidak menerima apa-apa katalog? / Bagaimana saya meminta supaya katalog dihantar kepada saya?
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk melestarikan alam dan mengurangkan penghasilan sisa, katalog kami kini tersedia secara online. Sila dapatkannya dari laman web kami: https://shop.tupperwarebrands.com.my/pages/catalog
Terima kasih kerana menyokong usaha kami untuk menjaga Bumi.
1. Bagaimana saya melakukan penukaran/penggantian produk?
Anda boleh mengunjungi Pusat Perniagaan/Studio Tupperware kami yang sah. Cari Pusat Perniagaan/Studio berdekatan anda melalui https://www.tupperwarebrands.com.my/how-to-buy/find-a-business-center-studio
2. Apakah yang dilindungi di bawah jaminan sepanjang hayat (lifetime warranty)?
Produk jenama Tupperware® dijamin daripada terserpih, retak & pecah tanpa impak atau terkelupas untuk sepanjang hayat produk di bawah penggunaan biasa dan bukan bersifat komersial. Sekiranya penggantian produk yang sama tidak dapat dilakukan disebabkan ketiadaan stok, kredit akan diberikan untuk pembelian produk jenama Tupperware® pada masa depan. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut https://www.tupperwarebrands.com.my/products/warranty-use-and-care
3. Apakah yang tidak dilindungi di bawah jaminan sepanjang hayat (lifetime warranty)?
Kotoran, calar, goresan, mamahan, kerosakan akibat penggunaan dalam ketuhar gelombang mikro, lebur, melengkung, perubahan warna, kerosakan akibat impak dan gigitan haiwan atau serangga. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut https://www.tupperwarebrands.com.my/products/warranty-use-and-care
4. Adakah produk anda mempunyai jaminan? [Bahagian xx iaitu penutup, badan, dasar] saya sumbing, retak, calar dll.
Produk Tupperware dijamin oleh Syarikat daripada retak, melengkung, mengelupas, terserpih dan sebagainya di bawah penggunaan domestik biasa. Jika produk didapati mempunyai kecacatan pembuatan, ia akan digantikan secara percuma. Kotoran, lebur, kerosakan akibat impak, perubahan warna, calar, goresan tidak dilindungi oleh Jaminan Sepanjang Hayat Tupperware.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Jaminan Sepanjang Hayat (lifetime warranty) kami di sini: https://www.tupperwarebrands.com.my/products/warranty-use-and-care
5. Penutup botol saya bocor. Bolehkah ia ditukar?
Produk Tupperware dijamin oleh Syarikat daripada retak, melengkung, mengelupas, terserpih dan sebagainya di bawah penggunaan domestik biasa. Jika produk didapati mempunyai kecacatan pembuatan, ia akan digantikan secara percuma.Sila bawa produk anda yang rosak (bahagian atas + bawah) ke Pusat Perniagaan terdekat untuk diperiksa. Sekiranya kebocoran itu berlaku disebabkan kegagalan pembuatan, barang anda akan digantikan secara percuma
6. Di manakah boleh saya menukar produk Tupperware yang rosak?
Terima kasih kerana menghubungi kami. Produk Tupperware dijamin oleh Syarikat daripada retak, melengkung, mengelupas, terserpih dan sebagainya di bawah penggunaan domestik biasa. Jika produk didapati mempunyai kecacatan pembuatan, ia akan digantikan secara percuma.Kotoran, lebur, kerosakan akibat impak, perubahan warna, calar, goresan tidak dilindungi oleh Jaminan Sepanjang Hayat Tupperware. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Jaminan Sepanjang Hayat kami di sini: https://www.tupperwarebrands.com.my/products/warranty-use-and-care
Penggantian boleh dilakukan di mana-mana Pusat Perniagaan kami, bergantung pada ketersediaan stok. Jika tiada stok yang tersedia, anda boleh membuat pesanan untuk bahagian yang anda inginkan.Anda boleh menggunakan pautan ini untuk mencari Pusat Perniagaan Tupperware berdekatan anda: https://www.tupperwarebrands.com.my/how-to-buy/find-a-business-center-studio
7. Di manakah boleh saya mencari stok untuk bahagian yang rosak?
Saya telah mengunjungi pusat xx dan mereka berkata bahawa mereka tidak ada stok. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Anda boleh membuat pesanan untuk bahagian yang rosak itu di Pusat Perniagaan Tupperware. https://www.tupperwarebrands.com.my/how-to-buy/find-a-business-center-studio
1. Bagaimana caranya untuk memperoleh mata ganjaran?
Anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk semua jenis aktiviti, termasuk memberi review produk dan membuat pembelian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shop.tupperwarebrands.com.my/pages/tupprewards-eng
2. Siapakah yang layak menyertai TuppRewards?
Preferred Customer /Konsultan Tupperware Brands & pembeli yang tidak mendaftar sebagai Konsultan Tupperware Brands. Namun, bagi Konsultan Tupperware Brands yang layak menerima komisen, anda perlu bersetuju untuk melepaskan komisen anda.
3. Saya telah mengklik butang untuk melanggan TuppRewards secara tidak sengaja. Apakah yang perlu saya lakukan untuk membatalkan langganan ini?
Jika anda tidak mahu lagi menyertai program ini, sila klik butang UNSUBSCRIBE (Batal Langganan) di halaman TuppRewards dengan menggunakan Pasport Digital anda. Sila log masuk melalui https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport/
4. Saya layak menerima komisen sekarang, bagaimana saya boleh menyertai TuppRewards untuk memperoleh mata ganjaran?
Untuk Konsultan Senior Tupperware Brands yang layak menerima komisen sekarang, anda perlu bersetuju untuk melepaskan komisen anda dengan mengklik butang "SUBSCRIBE" di halaman TuppRewards. Log masuk dengan Pasport Digital anda melalui https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport/
5. Apakah TuppRewards?
Program ini merupakan cara kami menunjukkan penghargaan kami. Anda dapat mengumpul mata ganjaran untuk semua aktiviti di laman web kami, termasuk pembelian. Mata ganjaran boleh digunakan untuk mendapat diskaun pembelian, jadi semakin banyak anda kumpul, semakin banyak anda jimat.
6. Bagaimana saya melihat baki mata ganjaran saya?
Baki mata ganjaran anda dipaparkan di setiap halaman, di bar TuppRewards di sudut kanan sebelah bawah.Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shop.tupperwarebrands.com.my/pages/tupprewards-eng
7. Bagaimana saya menebus mata ganjaran TuppRewards saya?
Klik TuppRewards di sudut kanan sebelah bawah dan pilih tab Tebus Mata Ganjaran. Di sini, anda dapat melihat semua ganjaran yang kami tawarkan. Jika mata ganjaran anda mencukupi, anda boleh menebusnya untuk mendapat ganjaran.Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shop.tupperwarebrands.com.my/pages/tupprewards-eng
8. Apakah had mata ganjaran TuppRewards yang boleh saya kumpulkan?
Jualan peribadi maksimum untuk kutipan mata ganjaran ialah RM2,000 sebulan.
9. Apakah maksud status "Diluluskan", "Menunggu" dan "Dibatalkan"?
Diluluskan(Approved): Mata ganjaran ini boleh ditebus serta-merta untuk mendapatkan ganjaran
Menunggu(Pending): Mata ganjaran ini perlu disahkan sebelum anda boleh menebusnya. Ia biasanya dikumpulkan melalui pembelian dan rujukan
Dibatalkan(Cancelled): Mata ganjaran ini tidak akan ditambah ke dalam akaun anda. Sebagai contoh, situasi ini berlaku sekiranya anda membatalkan pembelian (mata ganjaran akan berubah daripada Menunggu(Pending) kepada Dibatalkan(Cancelled))"
10. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membatalkan atau memulangkan pesanan saya?
Mata ganjaran berstatus menunggu anda akan dibatalkan.
Saya telah melengkapkan aktiviti tetapi tidak mendapat mata ganjaran! Kadangkala, kami memerlukan beberapa minit untuk memproses aktiviti anda dan memberi mata ganjaran kepada anda.
Bolehkah saya menggunakan mata ganjaran saya untuk membayar pesanan? Bukan secara langsung - sila tebus mata ganjaran anda untuk mendapatkan baucar yang boleh digunakan semasa pembayaran.
Bagaimana saya membatalkan langganan program ini? Jika anda tidak mahu lagi menyertai program ini, sila klik butang Henti Langganan(Unsubscribe) di halaman TuppRewards dengan menggunakan Pasport Digital https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport/
11. Apakah yang berlaku sekiranya saya keluar dan kemudian ingin menyertai program ini semula?
Anda boleh mendaftar semula selepas 45 hari dengan mengklik butang Langgan(Subscribe) di Pasport Digital melalui https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport/
1. Bagaimana saya menggunakan TuppSocial?
Untuk menggunakan TuppSocial, klik butang Langgan di halaman TuppSocial melalui pasport digital https://tupbiznet.com.my/DigitalPassport/ dan pilih pakej yang anda ingini.
2. Berapakah yuran langganannya?
Untuk Langganan 6 Bulan: RM50
Untuk Langganan 12 Bulan : RM90
3. Apakah TuppSocial dan manfaatnya?
Untuk menyokong pengalaman media sosial anda. Ia berperanan sebagai alat bantuan pemasaran untuk anda berkongsi eTupplink atau aktiviti dalam kumpulan media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter.
1. Siapakah yang boleh menyertai program eTuppOnboarding(TuppNow)?
Penyertaan eTuppOnboarding(TuppNow) hanya terbuka untuk pendaftaran baharu dari tarikh penyertaan 01-01-2021 dan seterusnya.
2. Bagaimana saya memperoleh mata ganjaran?
Anda boleh mendapat mata ganjaran selepas menyelesaikan tugasan. Jika anda mempunyai soalan mengenai mata terkumpul anda, sila gunakan menu [Hubungi Kami] dengan menyatakan sebab anda menghubungi kami.Harap maklum: selepas sesuatu tugasan dihantar, ia tidak boleh dihantar berulang kali.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan tugasan/task?
Tugasan adalah sesuatu aktiviti yang perlu anda selesaikan untuk membantu anda menyukai produk kami atau memulakan perniagaan Tupperware anda sendiri. Dengan melakukan tugasan, anda juga berpeluang mendapat mata ganjaran dan lencana pencapaian!
Bagaimana saya menyelesaikan tugasan/task? "Ikuti Langkah-langkah mudah ini :Pilih [Tugasan] di menu utamaPilih tugasan yang ingin anda selesaikanSelesaikan dan serahkan Tugasan anda"
1. Bagaimana saya memohon untuk menyertai program DIQ (Director In Qualification)?
Sila layari http://www.twbiznet.com.my/eStoreFront/welcome.esf , kemudian klik Berita & Aktiviti -> borang->SURAT PERMOHONAN - Program Director in Qualification. Setelah anda selesai mengisi butirannya, sila e-mel ke mscustomercare@tupperware.com. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar permohonan DIQ melalui jot form di https://form.jotform.com/211848181089462
2. Bilakah tarikh tutup permohonan Program DIQ?
Tarikh tutup ialah 25 hari bulan pada setiap bulan. Kami mengambil masa 3 hari bekerja untuk memproses permohonan DIQ.
3. Bagaimana saya mengemas kini maklumat bank?
Untuk mengemas kini akaun bank, sila berikan dokumen sokongan seperti halaman pertama buku bank atau penyata bank atau e-Perbankan.Dokumen sokongan ini mesti mengandungi Nama Pemegang Akaun, Nama Bank & Nombor Akaun. Sila e-mel ke mscustomercare@tupperware.com
1. Mengapa saya tidak mendapat komisen saya?
Ini mungkin berlaku kerana butiran bank tidak dikemas kini dalam sistem kami. Untuk mengemas kini akaun bank, sila berikan dokumen sokongan seperti halaman pertama buku bank atau penyata bank atau e-Perbankan. Sila e-mel ke mscustomercare@tupperware.com
2. Bagaimana saya mendapat komisen?
Konsultan Kanan menikmati komisen overriding sebanyak 3% setiap bulan atas jualan Konsultan downline mereka sehingga 3 generasi. Konsultan kanan (Senior Consultant) dikehendaki mengekalkan nilai Jualan Runcit Peribadi (Personal Retail Sales)sebanyak RM500 untuk menikmati komisen ini. Komisen overriding dibayar pada bulan anda merekrut Konsultan baharu terakhir yang diperlukan untuk kenaikan pangkat anda ke Peringkat Konsultan yang berikutnya.
3. Bagaimana saya mengemas kini/meminda butiran bank untuk nombor akaun yang tidak sah atau sudah lama tidak digunakan?
Sila berikan dokumen sokongan seperti halaman pertama buku bank atau penyata bank atau e-Perbankan. Sila e-mel ke mscustomercare@tupperware.com